Sunday, 17 August 2014

Perbezaan Cara Pandang

Sebagaimana berbezanya ISMA dan IKRAM, kita dapat lihat dua fraksi dalam PAS juga menunjukkan ciri perbezaan yang hampir serupa. Perbezaan yang bertitik tolak daripada perbezaan cara pandang dan berfikir. Apa yang pasti, disebalik perbezaan ini, kedua-dua golongan mahu melihat Islam dijulang dan menang di Malaysia, walaupun dengan cara yang berbeza.
Perbezaan ini tidak salah malah sepatutnya digalakkan dalam usaha kita mencari langkah dan pendekatan terbaik untuk ummah. Namun, yang menjadi masalah adalah apabila kita gagal dalam menguruskan perbezaan ini. Lebih malang apabila ada golongan yang begitu senang melabel golongan berlainan ijtihad dengan mereka sebagai tidak ikhlas, pengkhianat, liberal, 'ada agenda tersembunyi' dan seribu satu gelaran buruk yang tidak patut disemburkan pada sahabat2 yg telah terbukti sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk Islam.
Sebagaimana gagalnya ISMA dan IKRAM mengurus perbezaan ini yang menyebabkan kedua-dua entiti ini gagal bersatu dan menjadi musuh walaupun lahir dari umbi tarbiyah yang sama, kegagalan PAS boleh saja menyebabkan tertubuhnya sebuah lagi Parti Islam di Malaysia. Diharapkan kita tidak menjadi sebahagian daripada orang mempercepatkan proses itu. Berhentilah mendabik dada bahawa hanya puak kita sahajalah yang cintakan jemaah dan Islam.

0 comments:

Post a Comment