Speechless. Kasihan juga ibu ini (sila baca artikel beliau di SINI). Risau juga kalau post natal blues atau post natal depression? Doakan yang terbaik sahaja untuk beliau.
Untuk orang awam, saya educate sikit tentang 2 perkara. Satu perkara lagi hanya perkongsian sebagai seorang ibu yang telah menjalani proses melahirkan anak. Kawan-kawan dari o&g dan paeds tolonglah perbetulkan kalau salah sebab saya bukan ahli dalam hal ni. Setakat 2 tahun ho je.
1) Si ibu tidak puas hati kenapa anak beliau diambil serta merta. Tak sempat nak belai-belai after birth. Katanya baby beliau buka mata dan menangis sikit. Tapi doktor kata "She was flatline for a moment."
Komen: Saya tak tahu situasi sebenar. Macam mana keadaan bayi tu lepas lahir. Cuma saya nak bagi tahu selepas sahaja bayi dilahirkan, bayi mestilah di"assess" dengan satu score yang dipanggil Apgar Score. Kalau good apgar score, maksudnya baby ok. Salah satu perkara yang dinilai ialah tangisan bayi (good, weak, none) kerana berkait rapat dengan pernafasan bayi. Tambahan pula bayi sudah berak dalam perut emak, makin bertambahlah suspicion staf bahawa baby mungkin najis bayi sudah memasuki paru-paru bayi. Oleh itu puan-puan saya bagitahu supaya tahu ye dan boleh fikir rasionalnya bila beranak sendiri nanti.
2) Kata si ibu:
"As MUCH as they want to make sure and claim that they need to make sure the baby would not be ‘drowned’ inside, I felt and still feeling that there is no use logically to force a CONSTANT fetal monitor when a mum is already under the pain of contraction. They won’t find it as we mums in labour could not stay still in one place. We will be like any other pregnant beings, tossing and turning to make ourselves comfortable."
"As MUCH as they want to make sure and claim that they need to make sure the baby would not be ‘drowned’ inside, I felt and still feeling that there is no use logically to force a CONSTANT fetal monitor when a mum is already under the pain of contraction. They won’t find it as we mums in labour could not stay still in one place. We will be like any other pregnant beings, tossing and turning to make ourselves comfortable."
Komen: Fetal monitoring mesti dipasang sepanjang masa dalam dewan bersalin tak kiralah mak tu sakit bagai nak mati ke atau macam mana. Nama pun fetal monitoring, tujuannya untuk pantau keadaan anak dalam perut. Lemaskah dia, ok tak dia. Tambahan pula dengan risiko post date (terlebih masa dalam perut), bayi sudah matang dan mungkin sudah terberak dalam perut emak. Cuma kaedah monitoring ini ada 2. 1 melalui luaran i.e dipasang pada perut ibu. Degupan jantung bayi akan direkod oleh mesin CTG. Kaedah yang ke-2 ialah melalui internal CTG monitoring iaitu alat tersebut dipasang terus pada kulit kepala bayi. Kecik sahaja hujungnya. Setakat yang pernah saya buat dulu x adalah bayi sampai mati atau cacat kalau pasang benda tu. Kaedah nombor 2 ini digunapakai apabila poor tracing pada kaedah nombor 1. Biasanya sebab mak-mak tak boleh nak dok diam. Oleh itu puan-puan, ingat waktu beranak bukan kira sakit kita seorang. Tu ada anak dalam perut yang akan menjenguk dunia. Janganlah sekali-kali refuse fetal monitoring itu sama ada kaedah 1 atau 2.
------------------------------------
Ok sudah bab medical. Yang ketiga ni bab pengalaman dan rasa hati sendiri.
3) Ingat, waktu nak beranak adalah pertarungan nyawa seorang ibu. Kita tak tahu sekiranya berlaku sebarang komplikasi semasa dan selepas kelahiran. Oleh itu, sekiranya kita mati sewaktu atau sesudah melahirkan anak, kita mesti mahu satu pengakhiran dan kesudahan yang baik pada detik-detik terakhir kematian kita. Tidak perlulah dimaki, menjerit dan sebagainya di dewan bersalin. Senyum pada staf, bersabar walaupun kita memang bukan penyabar. Perbanyakkanlah zikir dan mengingati Allah.
Akhir sekali, sebagai kakitangan hospital kita juga perlu muhasabah diri. Komen-komen yg diberi perlu diambil kira.
Kesimpulan saya yg terakhir: Bertanyalah kepada yg ahli dan yg ahli pun kena menjawab dengan berhemah (tapi untuk kes bersalin ni cuba tanya in advance sikit sebab time kat dewan bersalin tu tak sempat la nak layan pertanyaan).
Sekian.
0 comments:
Post a Comment