Monday, 24 November 2014

Ada Apa Dengan Tudung


Pada zaman sekarang yang banyak option pakaian dan tudung, saya berharap kita semua boleh beralih arah dari pakaian yang tidak menutup aurat sepenuhnya kepada penutupan aurat yang lebih sempurna.
Sekarang ada wide shawl, jadi boleh pilih shawl yang disukai supaya menutupi dada.
Sekarang ada banyak jubah/abaya/dress yang cantik-cantik dan elegan, jadi dress ketat dan sendat boleh padam daripada list shopping.
Kalau ada majlis glamour yang perlu dihadiri pun tak perlulah tempah pakaian yang sendat. Glamour tak semestinya ketat. Less is more.
Slow-slowlah kita berubah.
Yang penting setiap malam kena muhasabah:
- siapa aku
- kenapa aku dicipta
- ke mana aku akan pergi selepas mati

Inshaallah kalau tiap-tiap malam dok fikir soalan ini, lama-lama kenal diri. Bila kenal diri, kita akan kenal Tuhan. Bila sudah kenal Tuhan, automatik je kita akan buat apa yang Tuhan suruh. Apa benda yang Tuhan suruh tu semua ada dalam Quran dan sunnah. Permulaan agama adalah dengan mengenal Tuhan.
*kerana saya sayangkan kawan-kawan dalam friendlist saya, maka saya tulis status peringatan mesra. Saya tak perfect. Kita sama-sama tak perfect. Tapi kita sama-sama mahu masuk syurga. Jadi ingat-mengingati itu perlu.

0 comments:

Post a Comment