Buku Genius Dari Syurga: Kisah Benar Seorang Ibu yang Mendidik Anak Autistik adalah perkongsian ikhlas seorang ibu dalam mendidik anaknya yang didiagnosa sebagai Severe Autism. Berkat usaha gigih beliau dan pergantungan total kepada Allah s.w.t. anak beliau yang boleh dikatakan tiada harapan telah berjaya menunjukkan perkembangan yang seiring dengan rakan-rakan sebaya yang lain, meskipun pada awalnya ketinggalan jauh di belakang.
Buku ini mesti dibaca oleh:
1) Golongan ibu bapa yang mempunyai anak autistik: Kerana anda sebenarnya sudah melahirkan genius dari syurga.
2) Golongan doktor perubatan: Kerana anda seringkali menjatuhkan hukuman 'mati' kepada ibu bapa apabila mengatakan anak autistik mereka tidak lagi punya harapan dan menghancurluluhkan hati mereka dengan cadangan untuk mendapatkan kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
3) Golongan ibu bapa yang mempunyai anak yang lambat membaca (late reader) atau bercakap (speech delay): Kerana buku ini ada menyentuh tentang tips untuk mengajar anak autistik untuk bercakap dan membaca yang boleh diaplikasikan oleh anda.
4) Golongan ibu bapa secara amnya: Kerana anda tidak memahami perasaan ibu bapa yang mempunyai anak autisme, secara tidak langsung mengenakan serangan emosi, fizikal dan intelektual kepada ibu bapa yang terpilih ini.
A must read book. Please read.
"Kalaulah mereka ini hanya dapat diubati dengan suplemen dan ubat-ubatan yang mahal, kalaulah mereka ini dapat diubati hanya dengan menghantar mereka ke pusat-pusat pembangunan yang berprestij dan mahal, bagaimanakah nasib anak-anak autisme yang lahir dalam keluarga yang tidak berkemampuan untuk menyediakan semua keperluan tersebut kepada mereka?
Sebab itulah saya nyatakan yang mereka semua punya peluang yang sama untuk berubah asal sahaja kita sebagai ibu bapa benar-benar berusaha untuk mengubah mereka. Kita adalah doktor, pakar terapi, guru, serta pakar motivasi yang terbaik untuk anak-anak kita. Cinta yang kita curah kepada mereka tidak dapat kita nilaikan dengan apa yang ada di dunia ini..."
-Genius dari Syurga, Ainizal Abdul Latif-
0 comments:
Post a Comment