Wednesday, 13 August 2014

Magic Mop

Ok kali ni nak share pasal mop. Status ini tidak berbayar. Saya juga bukan agen penjual. Suka-suka nak tolong orang bagi bersih rumah. Kebersihan itu kan sebahagian daripada iman...Sibuk mana pun kita, usahakanlah agar rumah kita bersih ye kawan-kawan.
Saya ada banyak pengalaman mengemop (macam keje full time floor engineer a.k.a cleaner je bunyinya..hihi)
Part yang paling menyampah sewaktu aktiviti mengemop ialah:
1) Mop yang berat. Penat rasa lepas habis mop ke sana ke mari.
2) Memerah mop. Dah la kita mop benda kotor, kene pulak guna tangan kita nak perah mop lepas bilas dengan air untuk meneruskan aktiviti mengemop.
3) Bila dah perah dengan tangan tu, aktiviti perahan tu tak berapa berjaya. Jadi mop lantai pun basah berlebihan.
4) Lepas tu ada orang invent tempat perah mop yang diletakkan sekali dengan baldi. Dah pernah try juga macam-macam model. Tapi masih tak puas hati juga. Perahan masih tak perah habis.
Tiba-tiba suatu hari mencari mop, terjumpalah satu mop yang dinamakan magic mop. Fine. Murah satu (RM18). Ada twister di batang untuk aktiviti pemerahan. Dalam hati, boleh caya ke tak magic mop ni. Last last beli je la sebab tak de la mahal sangat. Dah guna tu, memanglah puas hati sebab:
1) Mop ringan sebab material kain mop tu ringan. Batang diperbuat daripada plastik ringan. Bukan macam mop zaman dahulu yang batangnya diperbuat daripada kayu berat. Material kain pun berat juga.
2) Perahannya menjadi sebab material kain mop tu senang diperah. Memang tak de lah menitik-menitik.
3) Perah dalam masa sesaat. Pulas twister, siap perah.
4) Kerja mengemop jadi enjoyable sebab mop ringan, dan keje mop jadi cepat berganda...jimat masa...tu yang penting.

Ok tu saja. Saja share. Kalau nak beli mop tu cari mop yang anda serasi guna. Ni suggestion saya saja, tak semestinya serasi dengan anda. Murah, berbaloi. Nak beli satu untuk dapur, satu untuk ruang lain pun tak ralat sangat. Ada jual di kedai biasa-biasa. Hari tu beli di sabasun.


1 comment: