Thursday, 28 August 2014

Demam


Demam yang disebabkan oleh virus biasa2 (virus pun ada luar biasa) adalah self limiting (akan sembuh dengan sendirinya tanpa perlu makan ubat).
Ubat panadol yang dimakan adalah untuk memberikan keselesaan kepada orang demam supaya tak rasa badan panas sangat. Selepas 2 hari badan rasa kurang panas. Ini bukan disebabkan oleh panadol. Panadol tidak membunuh virus.
Sepertimana panadol tidak berperanan menyembuhkan demam, sebegitu jugalah ubat-ubatan tradisional, air jus, atau serbuk akar kayu atau lain-lain contoh tidak berperanan untuk menyembuhkan demam.
Tolong jangan semberono mengaitkan sesuatu sebagai ubat menyembuhkan demam. Contoh:
1) Hari isnin demam, hari selasa minum xxxx. Hari rabu sihat. (X perlu minum xxx pun memang hari rabu tu demam kebah kerana demam virus biasa2 adalah self limiting)
Tolong pastikan maklumat anda tepat sebelum mempromosi barang-barang kesihatan masing-masing. Saya faham anda sangat mementingkan kesihatan dan mahu membantu orang lain untuk sama kekal sihat seperti anda. Tapi tolong pastikan maklumat tepat. Ia adalah disiplin ilmu yang perlu dihormati.
Terima kasih.
P/s: Demam lebih 3 hari tolong pergi check. Takut bakteria atau virus luar biasa (seperti denggi, ebola, H1N1). Hok bakteria ni yang perlu antibiotik. Bukan hari pertama demam terus minta antibiotik. Yang virus luar biasa tu adalah perawatan tertentu yang perlu dibuat.
Sekian slot pendidikan kesihatan hari ini. Kalau saya salah, physicians lain tolong betulkan.

0 comments:

Post a Comment