Thursday, 28 August 2014

Demam


Demam yang disebabkan oleh virus biasa2 (virus pun ada luar biasa) adalah self limiting (akan sembuh dengan sendirinya tanpa perlu makan ubat).
Ubat panadol yang dimakan adalah untuk memberikan keselesaan kepada orang demam supaya tak rasa badan panas sangat. Selepas 2 hari badan rasa kurang panas. Ini bukan disebabkan oleh panadol. Panadol tidak membunuh virus.
Sepertimana panadol tidak berperanan menyembuhkan demam, sebegitu jugalah ubat-ubatan tradisional, air jus, atau serbuk akar kayu atau lain-lain contoh tidak berperanan untuk menyembuhkan demam.
Tolong jangan semberono mengaitkan sesuatu sebagai ubat menyembuhkan demam. Contoh:
1) Hari isnin demam, hari selasa minum xxxx. Hari rabu sihat. (X perlu minum xxx pun memang hari rabu tu demam kebah kerana demam virus biasa2 adalah self limiting)
Tolong pastikan maklumat anda tepat sebelum mempromosi barang-barang kesihatan masing-masing. Saya faham anda sangat mementingkan kesihatan dan mahu membantu orang lain untuk sama kekal sihat seperti anda. Tapi tolong pastikan maklumat tepat. Ia adalah disiplin ilmu yang perlu dihormati.
Terima kasih.
P/s: Demam lebih 3 hari tolong pergi check. Takut bakteria atau virus luar biasa (seperti denggi, ebola, H1N1). Hok bakteria ni yang perlu antibiotik. Bukan hari pertama demam terus minta antibiotik. Yang virus luar biasa tu adalah perawatan tertentu yang perlu dibuat.
Sekian slot pendidikan kesihatan hari ini. Kalau saya salah, physicians lain tolong betulkan.

Tuesday, 26 August 2014

Menjaga Lisan


Sunday, 17 August 2014

Perbezaan Cara Pandang

Sebagaimana berbezanya ISMA dan IKRAM, kita dapat lihat dua fraksi dalam PAS juga menunjukkan ciri perbezaan yang hampir serupa. Perbezaan yang bertitik tolak daripada perbezaan cara pandang dan berfikir. Apa yang pasti, disebalik perbezaan ini, kedua-dua golongan mahu melihat Islam dijulang dan menang di Malaysia, walaupun dengan cara yang berbeza.
Perbezaan ini tidak salah malah sepatutnya digalakkan dalam usaha kita mencari langkah dan pendekatan terbaik untuk ummah. Namun, yang menjadi masalah adalah apabila kita gagal dalam menguruskan perbezaan ini. Lebih malang apabila ada golongan yang begitu senang melabel golongan berlainan ijtihad dengan mereka sebagai tidak ikhlas, pengkhianat, liberal, 'ada agenda tersembunyi' dan seribu satu gelaran buruk yang tidak patut disemburkan pada sahabat2 yg telah terbukti sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk Islam.
Sebagaimana gagalnya ISMA dan IKRAM mengurus perbezaan ini yang menyebabkan kedua-dua entiti ini gagal bersatu dan menjadi musuh walaupun lahir dari umbi tarbiyah yang sama, kegagalan PAS boleh saja menyebabkan tertubuhnya sebuah lagi Parti Islam di Malaysia. Diharapkan kita tidak menjadi sebahagian daripada orang mempercepatkan proses itu. Berhentilah mendabik dada bahawa hanya puak kita sahajalah yang cintakan jemaah dan Islam.

Wednesday, 13 August 2014

Magic Mop

Ok kali ni nak share pasal mop. Status ini tidak berbayar. Saya juga bukan agen penjual. Suka-suka nak tolong orang bagi bersih rumah. Kebersihan itu kan sebahagian daripada iman...Sibuk mana pun kita, usahakanlah agar rumah kita bersih ye kawan-kawan.
Saya ada banyak pengalaman mengemop (macam keje full time floor engineer a.k.a cleaner je bunyinya..hihi)
Part yang paling menyampah sewaktu aktiviti mengemop ialah:
1) Mop yang berat. Penat rasa lepas habis mop ke sana ke mari.
2) Memerah mop. Dah la kita mop benda kotor, kene pulak guna tangan kita nak perah mop lepas bilas dengan air untuk meneruskan aktiviti mengemop.
3) Bila dah perah dengan tangan tu, aktiviti perahan tu tak berapa berjaya. Jadi mop lantai pun basah berlebihan.
4) Lepas tu ada orang invent tempat perah mop yang diletakkan sekali dengan baldi. Dah pernah try juga macam-macam model. Tapi masih tak puas hati juga. Perahan masih tak perah habis.
Tiba-tiba suatu hari mencari mop, terjumpalah satu mop yang dinamakan magic mop. Fine. Murah satu (RM18). Ada twister di batang untuk aktiviti pemerahan. Dalam hati, boleh caya ke tak magic mop ni. Last last beli je la sebab tak de la mahal sangat. Dah guna tu, memanglah puas hati sebab:
1) Mop ringan sebab material kain mop tu ringan. Batang diperbuat daripada plastik ringan. Bukan macam mop zaman dahulu yang batangnya diperbuat daripada kayu berat. Material kain pun berat juga.
2) Perahannya menjadi sebab material kain mop tu senang diperah. Memang tak de lah menitik-menitik.
3) Perah dalam masa sesaat. Pulas twister, siap perah.
4) Kerja mengemop jadi enjoyable sebab mop ringan, dan keje mop jadi cepat berganda...jimat masa...tu yang penting.

Ok tu saja. Saja share. Kalau nak beli mop tu cari mop yang anda serasi guna. Ni suggestion saya saja, tak semestinya serasi dengan anda. Murah, berbaloi. Nak beli satu untuk dapur, satu untuk ruang lain pun tak ralat sangat. Ada jual di kedai biasa-biasa. Hari tu beli di sabasun.


Sunday, 10 August 2014

Prioriti pembelian barang untuk wanita bekerjaya



- Mesin basuh yang ada dryer sekaligus - jimat masa, tak payah sidai-sidai. Dah la keluar awal pagi matahari pun tak de, balik dah lewat. Sape pulak nak angkat kain kalau hujan turun. 
- Karpet patchwork/kain yang boleh basuh - tak perlu vacuum teruk-teruk atau kalau anak tertumpah apa-apa basuh je dalam mesin. Less hassle
- Vacuum cleaner industrial punya - suction power lagi kuat. Tak sakit hati vacuum. Kalau suction power biasa biasa adakalanya vacuum rasa macam tak vacuum. Masih ada habuk-habuk kecil.
- Iron steam baik punya - tak de lah terhegeh-hegeh iron baju
- A good chopper - jimat masa masak. Tak payah hiris-hiris.
- Set pisau baik punya - cari pisau yang boleh cut through bone.
- Cadar yang kekal tegang untuk mengurangkan masa mengemas katil (cadar patchwork)
**macam ada elemen OCD di situ..haha..

Friday, 8 August 2014

Kerana anak-anak itu memahami

Irfan suka benar tengok iklan syawal tv alhijrah (yg ada surat dari ayah kepada anak dia, lagu background 'Biar' by Fynn Jamal). Setiap kali keluar iklan tu mesti terpaku depan tv. Ingatkan dia minat muzik saje2. Biasalah stage budak-budak.
Pagi ni tanya irfan semasa iklan sedang berjalan: "dia sayang ayah dia. irfan sayang?" Dia tunjuk ummi (haha abi, sori. I'm sure kalau abi ada dia tunjuk kita dua-dua).
Habis je iklan tu (part last adalah anak salam tangan mak dan mak cium kepala anak), irfan terus mintak peluk ummi dan suruh ummi cium dia.
Pengajaran:
Nampak macam budak-budak tak faham. Mak ayah jangan underestimate. Kawallah rancangan tv yang diorang tengok.