Terjumpa artikel berkenaan "Are ultrasounds causing autism in unborn babies?" yang muncul di newsfeed facebook saya.
Artikel ini ditulis oleh orang awam (bukan seorang doktor perubatan, seorang doktor PhD yang giat menulis tentang parenting). Menariknya artikel beliau ini banyak meng'quote' kesimpulan/hipotesis/ hasil kajian daripada kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan. Walaupun penulis tidak secara terang-terangan merumuskan bahawa "ultrasound contributes to autism", tetapi semua point yang diketengahkan membawa kepada kesimpulan tersebut.
Penulis adalah seorang orang awam yang bijak. Mengetengahkan hasil kajian yang berkaitan dengan topik perbincangan. Penulisannya sungguh meyakinkan. Tapi penulis kurang berhati-hati dalam pemilihan kajian yang di'quote'kan dalam penulisannya. Walaupun ia kajian saintifik, tetapi itu tidak bermaksud kesimpulan kajian saintifik tersebut boleh digunapakai atau benar dalam konteks yang sedang diketengahkan penulis.
Salah satu ilmu yang perlu penulis dalami adalah critical appraisal. Critical appraisal bermaksud "the process of carefully and systematically examining research to judge its trustworthiness, and its value and relevance in a particular context." Topik ini diajarkan kepada semua pelajar perubatan. Topik ini penting kepada para doktor kerana amalan perubatan (medical practice) seharian perlu disandarkan kepada bukti kajian sains (evidence based medicine). Dan memandangkan dunia perubatan sentiasa mempunyai penemuan terbaru kerana banyak kajian yang dilakukan, para doktor perlu berhati-hati sebelum menyimpulkan 'validity' sesuatu kajian yang telah dilakukan.
(Contoh: walaupun kajian tersebut menggunakan kaedah randomised controlled trial (merupakan antara hierarchy of evidence yg tertinggi), kajian tersebut masih boleh dikritik dari segi inclusion/exclusion criteria pemilihan sampel kajian dan sebagainya)
Artikel yang saya share di sini adalah critical appraisal secara informal yang ditulis oleh seorang pakar perubatan kanak-kanak tentang tulisan penulis tadi dan kajian-kajian yang diketengahkan oleh penulis.
Kesimpulan:
1) Pesan saya pada orang awam yang semakin bijak, walaupun anda telah membaca beratus-ratus jurnal artikel tentang sesuatu topik, sila jangan lupa untuk critically appraised setiap artikel sebelum anda menyebarkan salahfaham dan maklumat yang kurang tepat kepada masyarakat.
2) Impak penulisan adalah sangat besar. Think before you write.
3) Doctors, jangan cepat melatah dan terikut-ikut dengan kesimpulan orang awam. Jangan sia-siakan ilmu yang telah dipelajari.
0 comments:
Post a Comment