Sunday, 27 April 2014

Proton Suprima

Satrianeo yang berpintu dua perlu ditukar tidak lama lagi (hidup dah berkeluarga, ada anak, kereta dua pintu dah tak sesuai, rendah dan kecil, nak letak carseat pun susah). Asyik-asyik Proton Exora yang dilanyak. Kesian Exora.
Pergi survey dan test drive kereta. Akhirnya bersetuju dengan encik suami bila tiba masa dan ketika, Proton Suprima Premium menjadi pilihan. Buat yang tak tahu, saya kongsi sedikit features Proton Suprima yang saya suka:
1) Reverse camera (sesetengah kereta mahal ada reverse sensor je. Tak nampak real object bila reverse kereta. Suka function ni sebab boleh nampak kalau ada budak ke, kucing ke lalu lalang kat belakang waktu reverse).
2) 6 airbags (depan dan sepanjang-panjang tepi)
3) Enjin turbo. Naik bukit ke potong kereta ke, sedap sikit
4) Paddle shift. Boleh tukar-tukar gear guna paddle shift dekat stereng tu. Tak perlu guna gear kat bawah tu. Especially waktu memotong kereta.
5) Leather seat. Tak delah payah nak cuci susu irfan sebab irfan suka buat botol susu dia jadi botol kicap.
6) Anti-trap window (driver seat). Kalau ada tangan budak kat tingkap waktu tu tingkap tengah nak tutup, window akan stop automatically dan takkan terus naik. Selamat untuk budak-budak.
7) 7-inch LCD / Six-Speaker Sound System / 4G and Wifi-enabled (Android OS). Touch screen.
8) Fog lamp
9) Build in GPS navigation
10) Ruang belakang yang luas (penting sebab tak suka sempit-sempit. Nak letak bakul irfan je dah penuh satu tempat duduk kalau kereta sempit)
11) Auto Windshield Wiper. Penting sebab selalu distracted kalau hujan nak bukak-bukak wiper pulak (well, saya bukan pemandu yang hebat). Features ni detect hujan pastu wiper on sendiri dan akan adjust speed berdasarkan kelebatan hujan.
Dan macam-macam features lagi. Approximately RM80,000. 
5 star safety rating ANCAP (Ujian keselamatan Australia).

Lambat lagi tukarnya. Cukupkan duit nak gi haji dulu..hihi..
Share sebab nak suruh orang consider Proton kalau beli kereta. Proton sekarang tak lah lekeh sangat. Gi test drive dulu. Jangan stigma. Bersikap adil terhadap produk Malaysia.


Saturday, 26 April 2014

Say no to double standards!




Say no to double standard. Mulakan dengan diri sendiri. Pergi klinik kesihatan ke, upl ke, a&e ke toksah dok tanya kroni (kawan sedoktor): "free tak, boleh tak tgk i kejap". Follow the rules and protocol. Org jemput masuk lain cita. Itu rezeki namanya.

Jemput baca artikel MO Frust: VIPs and Their Nonsense

Friday, 25 April 2014

Mengapa perlu ikut resipi?



Breakfast pagi ini.
Cucur ikan bilis. Macam mana boleh jadi bentuk bulat?


Jawapan: Resipi cucur ini menggunakan air didih.

Moral of the story: Kalau resipi tulis air didih, jangan guna air suam/suhu bilik. Nanti tak jadi. Jadi cucur biasa. Follow the recipe. Hihi.

Resipi asal milik (klik sini).

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum*
  • segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
  • 1 biji bawang besar potong2 kecil*
  • 1 biji lada merah(dihiris)*
  • daun sup/bawang (hiris)*
  • garam secukup rasa*
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih
  • minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:

  • Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
  • Bulatkan lubang ditengah adunan.
  • Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
  • Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
  • Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
  • Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
  • Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.

Wednesday, 9 April 2014

Surirumah Vs Ibu bekerja



Kedua-dua golongan surirumah dan golongan ibu bekerja mempunyai hujah dan justifikasi masing-masing dalam membuat pilihan yang sukar ini. Ada juga menyandarkan pilihan yang dibuat dengan nas-nas al-quran dan hadis. Pokoknya tiada salahnya memilih satu diantara dua pilihan ini. Sejarah telah membuktikan kedua-dua golongan ibu ini (surirumah atau bekerja) mampu melahirkan generasi yang cemerlang dari sudut akhlak, ilmu dan agama. Yang penting setiap keputusan yang dibuat perlulah dengan mindset yang betul, bukan disebabkan oleh emosi.
Buat ibu bekerja, khususnya dalam bidang kedoktoran, saya pasti persoalan ini sentiasa bermain-main di fikiran, lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam bidang klinikal. Saya juga tidak terlepas daripada persoalan yang sama.
Barangkali alasan-alasan ini sering bermain di benak fikiran ibu bekerja:
Mengapa saya mahu menjadi surirumah:
1. Saya ingin mendidik anak-anak saya dengan tangan saya sendiri
2. Saya mahu melihat segala perkembangan anak saya daripada kali pertama merangkak, berjalan dan berlari
3. Walaupun saya seorang graduan universiti, saya masih memilih untuk menjadi surirumah. Saya mahu melahirkan 10 orang graduan universiti yang lain, dalam masa yang sama saya bercita-cita menjadikan mereka para huffaz al-quran. Dengan masa yang lebih dengan anak-anak saya berharap dapat melahirkan ummat Nabi Muhammad yang berkualiti. 
4. Saya memilih untuk menjadi surirumah tetapi bekerja dari rumah tanpa ikatan waktu pejabat. Masa yang fleksibel ini memberi ruang kepada saya meluangkan masa bersama dengan keluarga. 
5. Keluarga adalah keutamaan saya.
6. Saya ingin menjadi pendokong perjuangan suami saya. Biarlah suami saya menumpukan perhatian mencari nafkah dan berjuang di jalan Allah. Tinggalkan sahaja urusan anak-anak dengan saya.
7. Walaupun saya surirumah, tidak bermakna saya tidak menjana pendapatan sendiri. Saya juga masih boleh memberi kepada masyarakat dari segi kewangan, idea, dan pengetahuan.
8. Lebih baik melakukan sesuatu yang disukai daripada berterus-terusan melakukan pekerjaan yang tidak disukai.

Cabar pula minda dengan hujah-hujah mengapa saya perlu bekerja/tidak salahnya saya bekerja:
1. Saya telah ditaja oleh rakyat untuk mempelajari bidang ini dan untuk kembali memberi kepada rakyat
2. Saya perlu membantu suami menyara kehidupan keluarga kerana kos kehidupan yang tinggi. Saya ada ramai anak dan adik beradik di kampung yang masih belajar dan memerlukan kewangan. 
3. Pekerjaan saya adalah satu fardhu kifayah. Saya tidak dapat membayangkan sekiranya semua rakan wanita sejawat/sekerja memilih untuk menjadi surirumah. 
4. Anak memang adalah amanah besar kepada kedua ibu bapa. Tapi terdapat amanah-amanah lain di atas muka bumi ini yang perlu diambil kira.
5. Meskipun saya bekerja, saya yakin dengan niat saya bekerja kerana Allah Taala, masa yang saya luangkan bersama-sama anak saya selepas pulang bekerja (walaupun sekejap) adalah berharga dan berkualiti dan juga diberkati Allah (inshaAllah). Dengan itu, didikan yang saya beri, walaupun sekejap inshaAllah dapat membentuk keperibadian anak saya kelak. 
6. Saya juga mahu menjadikan anak saya sebagai seorang hafiz seperti orang lain. Saya yakin dengan keikhlasan saya bekerja, segalanya dipermudahkan oleh Allah. Siapa tahu saya dapat menemui seorang guru atau sekolah yang sesuai untuk mencapaikan cita-cita saya. 
7. Ibu mana yang tidak mahu terlepas melihat perkembangan anak-anaknya. Tapi tidak mengapalah. Semoga pengorbanan saya ini Allah balas dengan sesuatu yang baik di akhirat nanti. Hidup bukan di dunia semata.

----------------------------------
Kesimpulan:

Dalam membuat keputusan, jangan difikirkan/dibandingkan dengan kehidupan orang lain. Hanya kita yang tahu apa yang kita mahukan dalam kehidupan. Dan pastikan keputusan kita memilih itu semuanya berbalik kepada Pencipta kita, bukan sebab ikut-ikutan, emosi atau faktor duniawi.
Buat ibu yang terpaksa bekerja, yakinlah dengan niat yang betul, dan kesungguhan dalam melakukan pekerjaan, inshaAllah Allah akan mempermudahkan kita dalam membesarkan anak-anak.
Wallahualam.

Ayam Panggang Rosemary & Lemon




AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON 
Sumber; Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu 
Oleh; Dapurmamasya 

Bahan2 : 
1 ekor ayam - dibelah 4 
5 ulas bawang putih - direbus 
1 inci halia - disagat 
1 1/2 sudu besar rosemary kering 
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
Garam 
2 kiub ayam - mama letak 1 sj 
2 biji lemon - hiris 
4 sudu besar olive oil 

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak 
3 biji karot - potong kecil2 memanjang 
2 biji tomato - potong 4 

Cara2 
1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang. 
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam. 
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak. 
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.