Iklan-iklan kecantikan dan kesuburan sungguh memualkan. Masyarakat
dimomokkan tentang kecantikan dan kesuburan sebagai faktor penting dalam
pengekalan hubungan suami isteri.
Ketat, gebu, putih,
terangkat, bergetah, muka licin tak berkedut, tak ada jerawat. Semuanya
menanam subliminal message kepada masyarakat tentang kepuasan seks, dan
kecantikan luaran sebagai faktor kebahagiaan dan pengekalan rumah
tangga.
Kaum wanita yang menjadi mangsa. Mangsa konsumerisme, mangsa hidup dalam keadaan takut kena tinggal suami.
Kenapa kita berkahwin sebenarnya?
Kahwin sebab dengan kahwin, sempurna separuh agama. Kahwin sebagai medium untuk mendapat redha Allah dan nak masuk syurga di pengakhirannya.
Pasangan = kawan baik
Pasangan = tempat bergaduh/bercakaran idea
Pasangan = tempat berdiskusi intelektual
Pasangan = teman buat aktiviti hobi bersama
Pasangan = teman untuk ingatkan untuk buat perkara baik
Pasangan = teman untuk pergi solat jemaah bersama
Pasangan = teman bersembang
Ada anak, pasangan cantik dan awet muda...itu semua bonus. Kenapa tak momokkan masyarakat dengan perkara utama dalam sesebuah perkahwinan? Mengapa perlu fokus pada perkara yang cabang?
Apa erti perkahwinan buat anda?
Sihat dan cantik tak sama. Tapi apabila sesorang itu sihat, kebarangkalian untuk dia kekal awet muda itu tinggi. Kekal sihat itu perlu sebab kesihatan itu penting untuk beribadat. Nak perut kempis sebab nak sihat (perut buncit = lemak tinggi) berbeza dengan nak perut kempis sebab takut suami lari.
Semakin menggelebeh, semakin berkedut adalah lambang penuaan. Baguslah dah menggelebeh dan berkedut. Itu lambang sudah hampir tamat permusafiran di dunia. Sudah hampir dekat bertemu Tuhan.