Sunday, 27 July 2014

Umrah dan Palestin

Orang Malaysia rajin pergi umrah berkali-kali.
Melihatkan kepada kerajaan arab saudi yang tutup mata pasal isu palestin, saya rasa wajar untuk pergi ke tanah haram hanya untuk menunaikan yang wajib sahaja. Haji. Umrah sekali kalau turn haji tu lambat sangat.
Duit umrah berkali-kali itu tolong beri pada palestin. Jangan bagi duit flow ke arab saudi. Melampau ngat.

Wednesday, 16 July 2014

Iceberg

1. Ugut bunuh ibu kandung guna parang
2. Ugut tetak mak kerana RM1
3. Suami simbah isteri dengan petrol dan bakar isteri gara-gara cemburu
4. Isteri tikam suami kerana dituduh ada hubungan sulit
5. Pemandu naik angin kereta dilanggar
6. Seorang muallaf diugut dicampak ke dalam sungai ketika menyatakan hasrat masuk Islam
7. Seorang pekerja dibelasah sekumpulan gadis samseng
8. Ugut bunuh ibu kerana bengang ibu solat dan mengaji
9. Suami ugut langgar isteri kerana tidak mahu pinjamkan duit
10. Marah hendak dicerai, potong kemaluan suami
Hanya sebahagian daripada koleksi berita di Malaysia.
Ini semua realiti yang membimbangkan. Orang kata ini hanyalah 'tip of the iceberg'.
Tip of the iceberg = a small evident part or aspect of something largely hidden.

Sunday, 6 July 2014

Persiapan Juadah Berbuka


Perkongsian tentang ilmu yang saya dapat daripada satu kursus yang pernah saya hadiri.
***Dharuriyyat - wajib buat. Sangat penting berkaitan dengan hidup dan mati. Kalau tak buat, boleh mati
***Hajiyyat - keperluan. Perlu buat.
***Tahsiniyyat - kehendak. Harus buat atau tinggal.
Penceramah bagi contoh yang mudah difahami. Iaitu berbuka puasa ketika di bulan puasa.
*Dharuriyyat - makan nasi sahaja tanpa lauk. Mesti makan. Kalau tak buka puasa boleh mati.
*Hajiyyat (keperluan) - makan nasi sahaja tak boleh nak telan. Rasa nak muntah. Satu jenis lauk adalah keperluan.
*Tahsiniyyat - (kehendak) makan berjenis-jenis lauk sedangkan satu jenis lauk sahaja sudah mencukupi.
Penceramah kata, dari segi tasawufnya tidak digalakkan berada dalam keadaan tahsiniyyat sepanjang masa kerana akan menumpulkan hati. Sekali sekala, seminggu sekali nak makan berjenis-jenis lauk takpelah tapi elakkan daripada makan berjenis-jenis lauk setiap hari.
-------------------------------
Marilah kita bersederhana dalam berbuka puasa. Ibu-ibu dan isteri-isteri khususnya akan suka mengasah kemahiran memasak di bulan puasa. Masaklah sekadar yang perlu. Hanya bermewah-mewahan sesekali sahaja.
****misi satu jenis lauk dan air kosong ketika berbuka puasa untuk mengerti kesusahan orang miskin.