Friday, 27 June 2014

Banyak anak banyak bonus?



Offer duit pulak. Offerlah taska yang high class (cikgu dan facility yang superb), yang boleh accomodate/jaga anak after office hours especially waktu malam (in case kena keje malam untuk kerjaya yang ada oncall) dengan bayaran murah kat setiap tempat kerja untuk kakitangan kerajaan. Confirm berbondong-bondong kakitangan kerajaan nak beranak banyak.
Cuba baca sikit pemikiran mak ayah bekerja ni.

Saturday, 14 June 2014

Berbohong dengan anak tanpa disedari


"Jangan naik atas tu, nanti hantu tangkap.."
"Lari-lari la lagi (kawasan hospital), nanti doktor tangkap, doktor cucuk.."
Dan macam-macam contoh lain lagi.
Tanpa disedari, kita berbohong di hadapan anak-anak.
Rasulullah s.a.w adalah contoh teladan terbaik untuk diikuti. Baginda sangat penyayang dan menghormati kanak-kanak. Kanak-kanak dilayan seperti orang dewasa. Perasaannya dijaga. Hatta ketika mengimamkan solat, Baginda terdengar suara tangisan bayi, Baginda memendekkan bacaan solat supaya ibu bayi tersebut dapat segera mententeramkan bayi.
Bayi walaupun masih kecil, tetap mempunyai perasaan. Budak, walaupun berhingus tetap punya perasaan.
Layanlah mereka seperti orang dewasa. Tidak perlu dibohongi, tidak perlu dibiarkan sekiranya mereka menangis, tidak perlu diherdik sekiranya melakukan kesalahan. Tahukah anda di mana saya melihat kanak-kanak dilayan seperti orang dewasa seperti yang dianjurkan nabi? Di negara orang putih.
Sayang, kita orang islam punya al-quran dan sunnah yang ditinggalkan untuk diimani dan diamalkan. Tetapi kita tidak ambil pusing untuk tahu.
Semoga kita tidak melakukan dosa tanpa disedari kepada anak-anak sendiri.
----------------------------------
Dari Abdullah bin Amr, ia berkata, ‘Suatu hari ibuku memanggilku, sementara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam duduk diantara kami, maka ibuku berkata, ‘Kemarilah engkau, aku akan memberikan sesuatu,’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada ibuku, ‘Apa yang hendak engkau berikan?’ Ibuku berkata, ‘Aku akan memberikan kurma’. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Jika kamu tidak memberikan kepadanya sesuatu akan dicatat bagimu suatu kedustaan”
-----------------------------------
Also, when the Prophet -prayer and peace of Allah be upon him- sees a child that needs to be disciplined then he will deal with them tenderly and kindly without shouting at them or scolding them. Omar Ibn Aby Salamah: “I was a little boy sitting on the Prophet’s -prayer and peace of Allah be upon him- lap and my hand is all over the plate, then the Messenger of Allah -prayers and peace of Allah be upon him- said to me: “O boy, say ‘Bismillah’ (In the name of Allah), eat with your right hand and eat from what’s in front of you.” [Agreed upon]
-------------------------

Tuesday, 10 June 2014

Skim cepat Miskin


Saya masih ingat sewaktu masih kecil, ada satu syarikat (yang saya sendiri telah lupa akan namanya) yang menawarkan peluang pelaburan yang sangat popular di kalangan penduduk Kampung Air Tawar, Besut. Salah seorang pegawai pengurus pelaburan yang direkrut adalah merupakan ahli karyah kampung tersebut.

Apa yang menariknya, pelaburan tersebut menjanjikan pulangan tetap sebanyak 10 peratus setiap bulan, ataupun dalam erti kata lain, wang anda akan menjadi dua kali ganda banyaknya hanya dalam tempoh setahun! Apabila ditanya mengenai bentuk perniagaan yang dijalankan, pegawai yang menguruskan hanya menjawab bahawa syarikat tersebut adalah milik jutawan arab yang budiman, yang ingin membantu orang Islam untuk meningkatkan ekonomi mereka. Sebab itulah salah satu syarat yang dikemukakan untuk pelabur ialah beragama Islam. Pada mulanya, tak ramai yang menyertai, namun setelah orang kampung melihat sendiri bagaimana mereka yang telah menjadi pelabur mengaut faedah setinggi 10 peratus setiap bulan, berbondonglah ahli karyah menuruti jejak langkah mereka.Keluarga saya juga tidak terkecuali.

Bulan pertama dan kedua, keluarga kami begitu gembira menerima labanya. Namun masuk bulan ketiga dan keempat, keuntungan yang dijanjikan tak kunjung tiba. Seperti yang dijangka, pelabur-pelabur lain juga menerima nasib yang sama. Tahulah kami bahawa sindiket tersebut adalah skim cepat kaya yang telah berjaya memperdayakan kami semua. Keluarga kami tidaklah begitu terkesan kerana duit yang digunakan adalah daripada simpanan. Namun yang menyedihkan, ada sesetengah ahli karyah yang melabur daripada duit yang dipinjam ataupun hasil gadaian harta yang mereka ada. Golongan inilah yang kelihatan begitu menderita dan terkesan dengan penipuan ini.

Inilah antara pengalaman awal saya berdepan dengan skim cepat kaya. Kini skim cepat kaya masih lagi wujud dalam bentuk yang semakin 'sophisticated' sesuai dengan kemajuan yang dikecapi masa kini. Banyak skim-skim internet yang pada mata kasarnya nampak seperti pelaburan, namun sebenarnya berorientasikan aktiviti penipuan.

Walaupun dalam bentuk yang semakin kompleks, ia masih mengekalkan beberapa ciri utama yang membolehkan kita mengenali mereka. Skim-skim cepat kaya ini biasanya akan memanipulasi sifat tamak yang ada pada diri manusia. Digambarkan orang-orang yang telah menyertai telah menerima hasil keuntungan yang banyak dan dapat hidup mewah. Tentu kita pernah lihat status-status 'facebook' berlatar belakangkan duit (termasuklah printscreen penyata kewangan bank) , beg-beg tangan mewah serta barang berjenama.Kebanyakannya adalah skim cepat kaya. Keuntungan yang dijanjikan oleh skim sebegini juga adalah jauh lebih besar berbanding skim pelaburan biasa. Sekiranya ada skim pelaburan yang menjanjikan kentungan melebihi 15 peratus setahun, berhati-hatilah. Kemungkinan besar ianya adalah skim penipuan.

Skim cepat kaya ini juga memanipulasikan sifat malas yang ada pada kita. Mereka menjanjikan keuntungan yang banyak tanpa perlu bersusah payah. Hanya perlu 'join' dan goyang kaki.
Ciri ketiga adalah bentuk perniagaan yang tidak jelas. Skim-skim ini biasanya tidak menyebut secara jelas aktiviti perniagaan mereka sebab sememangnya tiada aktiviti lain kecuali menipu!

Ciri keempat adalah memainkan sentimen bangsa dan agama. Kami hanya ingin membantu orang Melayu yang ketinggalan dari segi ekonomi. Itulah antara contoh ayat yang digunakan untuk memujuk orang-orang Melayu/Islam untuk menyertai mereka. Sekiranya ada mana-mana institusi yang mempunyai salah satu daripada ciri di atas ini, nasihat saya kepada semua agar berhati-hatilah, anda mungkin mangsa mereka yang seterusnya.

Tentu kita pernah melihat skim-skim di facebook yang mengajak kita menjadi ahli dengan bayaran yang tertentu yang menjanjikan pulangan dalam bentuk bonus. Kononnya pelaburan ini dapat membebaskan diri kita daripada bebanan ekonomi tanpa perlu bersusah payah. Apa yang perlu kita lakukan adalah hanya mencari ahli-ahli lain untuk mendaftar di bawah kita. Semakin banyak ahli yang direkrut, semakin banyak jugalah bonus yang menanti. Namun, persoalannya daripada manakah datangnya duit bonus yang kita dapat? Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan oleh skim-skim ini? Perniagaan yang dilakukan tidak lain dan tidak bukan adalah berioentasikan penipuan dan bonus yang diperolehi adalah daripada duit pendaftaran ahli-ahli yang mendaftar di bawah kita. Dalam erti kata lain, bonus yang kita dapat adalah upah penipuan yang dibuat untuk menjerat orang lain.

Terkini, ada syarikat yang mirip skim cepat kaya yang kononnya menjalankan 'forex trading' yang sangat popular di kalangan pegawai perubatan siswazah HSNZ. Walaupun berselindung di sebalik perniagaan forex, mereka masih mengekalkan ciri2 skim cepat kaya.

Seperti biasa, cara untuk mendapatkan bonus adalah dengan mengajak orang lain utk turut serta. Mereka akan mendapat 10 peratus daripada nilaian pelaburan orang yang direkrut. Orang yang telah menyertai juga menonjolkan simbol2 kekayaan seperti kereta mewah untuk meyakinkan orang lain dengan memanipulasikan sifat tamak manusia. Hasilnya, telah ramai yang tertipu dan telah melakukan pinjaman peribadi setinggi RM 100 000. Ya, syarikat ini mungkin masih konsisten memberikan 'keuntungan' sekarang, namun akan tiba masanya skim ini tidak lagi mampu menampung pertambahan nilaian bonus2 kpd pelabur-pelabur semakin bertambah. Pada waktu inilah penipu-penipu yang menganjurkan skim ini akan menghilangkan diri. Apa yang tinggal pada pelabur? Ya. Komitmen bayaran bulanan personal loan utk 15 ke 20 tahun akan datang. Berhati-hatilah.

Tuan Muhd Fairuz Bin tuan Ismail 

Monday, 2 June 2014

Lagi lagi Cadbury


Saya tak kisah orang nak boycott cadbury. Isunya bukan nak mempertahankan cadbury. Isunya banyak, kompleks dan sukar difahami dengan sisi pandang orang awam.
Berikut dikongsikan artikel yang saya kira jelas menerangkan isu-isu yang perlu dihadamkan. A good read.

Cadbury oh cadbury



JAKIM telah mengesahkan status Halal Cadbury. Namun ramai juga sahabat-sahabat yang masih sangsi dengan pengumuman tersebut.
Logik saya mudah. Pelaku sesuatu perbuatan adalah org yg mendapat manfaat daripada perbuatan tersebut.
Dalam kes ini, siapa yang untung? Sebuah syarikat sebesar cadbury yang berstatus 'multinational' tidak mungkin akan melakukan sesuatu yang boleh menghancurkan bisnes mereka. Apa untungnya mereka meletakkan babi ke dalam produk mereka yang berstatus halal.
Jika di sebuah negara bukan Islam seperti UK pun status produk mereka adalah sesuai untuk vegetarian (tiada dimasukkan unsur haiwan) apakah sebabnya mereka perlu letakkan unsur 'haiwan yang sensatif' itu ke dalam produk mereka di sebuah negara Islam seperti Malaysia? Dengan sbb itu, saya merasakan bahawa masalah ini bukanlah disengajakan oleh Cadbury.
Penjelasan bahawa sampel yg dianalisa oleh KKM adalah sampel yang tercemar yang tidak disengajakan adalah pada hemat saya lebih hampir kpd kebenaran.