Wednesday, 21 May 2014

Critical appraisal

Terjumpa artikel berkenaan "Are ultrasounds causing autism in unborn babies?" yang muncul di newsfeed facebook saya.
Artikel ini ditulis oleh orang awam (bukan seorang doktor perubatan, seorang doktor PhD yang giat menulis tentang parenting). Menariknya artikel beliau ini banyak meng'quote' kesimpulan/hipotesis/ hasil kajian daripada kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan. Walaupun penulis tidak secara terang-terangan merumuskan bahawa "ultrasound contributes to autism", tetapi semua point yang diketengahkan membawa kepada kesimpulan tersebut.
Penulis adalah seorang orang awam yang bijak. Mengetengahkan hasil kajian yang berkaitan dengan topik perbincangan. Penulisannya sungguh meyakinkan. Tapi penulis kurang berhati-hati dalam pemilihan kajian yang di'quote'kan dalam penulisannya. Walaupun ia kajian saintifik, tetapi itu tidak bermaksud kesimpulan kajian saintifik tersebut boleh digunapakai atau benar dalam konteks yang sedang diketengahkan penulis.
Salah satu ilmu yang perlu penulis dalami adalah critical appraisal. Critical appraisal bermaksud "the process of carefully and systematically examining research to judge its trustworthiness, and its value and relevance in a particular context." Topik ini diajarkan kepada semua pelajar perubatan. Topik ini penting kepada para doktor kerana amalan perubatan (medical practice) seharian perlu disandarkan kepada bukti kajian sains (evidence based medicine). Dan memandangkan dunia perubatan sentiasa mempunyai penemuan terbaru kerana banyak kajian yang dilakukan, para doktor perlu berhati-hati sebelum menyimpulkan 'validity' sesuatu kajian yang telah dilakukan.
(Contoh: walaupun kajian tersebut menggunakan kaedah randomised controlled trial (merupakan antara hierarchy of evidence yg tertinggi), kajian tersebut masih boleh dikritik dari segi inclusion/exclusion criteria pemilihan sampel kajian dan sebagainya)


Artikel yang saya share di sini adalah critical appraisal secara informal yang ditulis oleh seorang pakar perubatan kanak-kanak tentang tulisan penulis tadi dan kajian-kajian yang diketengahkan oleh penulis.
Kesimpulan:
1) Pesan saya pada orang awam yang semakin bijak, walaupun anda telah membaca beratus-ratus jurnal artikel tentang sesuatu topik, sila jangan lupa untuk critically appraised setiap artikel sebelum anda menyebarkan salahfaham dan maklumat yang kurang tepat kepada masyarakat.
2) Impak penulisan adalah sangat besar. Think before you write.
3) Doctors, jangan cepat melatah dan terikut-ikut dengan kesimpulan orang awam. Jangan sia-siakan ilmu yang telah dipelajari.




Monday, 12 May 2014

Benda-benda utama perlu dilakukan oleh MB yang baru untuk Kuala Terengganu


1) Menggalak dan memperbanyakkan projek-projek perumahan di sekitar Kuala Terengganu (demand and supply rule-bila banyak supply harapnya harga lebih berpatutan dan tidak gila macam sekarang) 
Rungutan daripada orang luar Terengganu yang dipindahkan ke KT adalah harga rumah/sewa rumah yang melampau mahal dan tidak setimpal dengan nilai hartanah.

2) Menggalakkan lebih banyak Hypermarket (selain Giant dan Mydin) untuk dibuka. Makin banyak hypermarket, lebih banyak persaingan dan setiap hypermarket akan lebih berlumba-lumba untuk memberi yang terbaik dan yang paling untung tentunya rakyat Kuala Terengganu sendiri. Secara ringkasnya 'Free the market please. Stop monopoly'. Tak perlu ambik MBA untuk nampak benda ni. Orang yang ambik MBBS pun tau. 
Rungutan daripada orang yang dipindahkan ke KT adalah kurangnya pilihan membeli belah *harapnya dengan siapnya Mall tepi pantai dan Paya Bunga Square, masalah ini dapat dikurangkan.

3) Masalah lalulintas di Jambatan Sultan Mahmud dan Jalan Kamaruddin 
Mempercepatkan pembinaan laluan alternatif (jambatan melalui seberang Takir. 
Membolehkan projek hartanah tidak hanya tertumpu di sekitar bandar Kuala Terengganu yang kebanyakan tanahnya adalah milik persendirian dan ini menyukarkan pembangunan (ramai orang tidak sanggup tinggal di Gong Badak/Seberang Takir kerana masalah lalulintas setiap hari) 
Menambah laluan alternatif untuk jalan-jalan utama di Kuala Terengganu

4) Mempercepatkan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 
-dah berjanggut tunggu tak siap2

5) Stadium-percepatkanlah pembinaan stadium baru/pembaik pulihan stadium runtuh. Sedih tengok stadium sekarang. Macam zaman Jepun nye stadium.
6) Bench markanlah KT dengan Kota Bharu. At least negeri yang kaya minyak ni kenalah terkedepan berbanding ibu negeri Kelantan yang dikatakan miskin tu. Malulah sikit. Nampak gaya sekarang KB jauh mengatasi KT dalam segenap segi...
Senang cerita, kena jadikan Kuala Terengganu ni satu tempat yang orang suka untuk duduk hatta pada orang baru pindah. Barulah diorang tak nak balik ke tempat asal diorang. Bolehlah diorang bantu bangunkan ekonomi negeri. 
Lagi malang apabila ada cerdik pandai yang asal dari Kuala Terengganu sendiri pun tidak mahu pulang dan bekerja di sini disebabkan masalah yang saya sebutkan di atas. Memang 'fail'

Ada apa2 lagi perlu diutarakan pada MB yang baru?


-Tuan Muhd Fairuz Tuan Ismail-